Tahniah kerana wujudkan program membudayakan al-quran pada setiap malam. Saya baru sahaja mengikuti rancangan ini dan sentiasa menanti-nanti waktu siarannya, tapi saya duka cita dengan pengumuman oleh DJ yang bertugas sering menyebut malam ini yaitu malam khamis sebagai malam Rabu. Ini salah dari segi tatabahasa Melayu. Formulanya senang sahaja; orang baca surah Yasiiin pada malam apa? Malam Jumaat bukan" Tetapi harinya masih berada pada hari Khamis. Begitu jugalah dengan hari atau malam yang lain. Kalau hari itu hari Isnin (misalnya) maka malamnya itu malam Selasa, bukan malam Isnin lagi. Kalau tatabahasa Inggeris ia disebut sebagai Monday's night. Saya harap semua DJ bertugas mengambil perhatian ini dan
jangan rosakkan bahasa Melayu yang tercinta ini.